Diabadikan dgn nama tuanpunya baju..Fiza..
orgnya kecil molek bdasarkan saiz baju yg saya anggarkan adlh XS..sgt berminat dgn manik tabur..3 pasang baju yg dihantar dlm jgkawaktu 2mggu lebih saja lg menjelang Aidilfitri mybbkan saya hy sempat myiapkan 1 persalinan yg katanya khas untuk pagi raya..dijahit berselang dgn baju customer lain agar permintaan fiza yg satu itu dpt saya tunaikan..fiza dh lama "chop" utk khidmat saya..tp atas sbb yg xdpt dielakkan..bajunya lewat ke tangan...dan sgt berbesar hati diatas pujian fiza pd hasiltangan ini..thanks sis..
Assalamualaikum wbt dear Kak Wan mekaseh ya Kak Wan sbb sanggup susah payah siapkan baju maroon saya tu, so dapatla saya melaram dipagi raya dgn satu family.. budi mu ku kenang Kak Wan Baju 'yg rosak' tu jadi sangat cantik atas kreativiti Kak Wan sampaikan sume orang tanya mana saya tempah beading baju tu..siap ingat saya beli kat butik2 mahal lagi hubby pun suka sangat sbb baju tu jadi cantik compare to sebelum bagi Kak Wan buat beading im touched dengan nama yg Kak Wan bagi tu tau hehe bangga! bangga! ahahaha.. Mekaseh banyak tau Kak Wan..lepas ni tunggu je la berderet baju saya antar Take care my dear Kak Wan..tak sihat jangan lupa makan ubat tau :x muaks!
Assalamualaikum, Kak Wan... harap tak keberatan membenarkan saya untuk maklumkan pada Kak Wan serta para peminat beading/sulaman di sini bahawa Pn Rosita Jaafar, penulis serta pendidik beading/sulaman telah menubuhkan sebuah Beaders Fan Club supaya kita dapat mengumpulkan para peminat beading di seluruh Malaysia. Seperti yang kita semua ketahui, Pn Rosita telah menulis beberapa buah buku mengenai beading serta sulaman yang menjadi sumber rujukan utama ramai beaders dan dengan ini, para peminat bukan sahaja dapat dimaklumkan mengenai buku-buku terbaru malah juga bengkel-bengkel yang akan diadakan oleh ramai beaders yang turut bergerak sendiri. Dengan kata lain, kita semua dapat berkongsi maklumat serta dapat mengetahui aktiviti-aktiviti terbaru beaders di negara kita. Banyak lagi perancangan Pn Rosita nanti yang akan dapat memberi manfaat kepada para penggemar beading.